orang kata barang siapa mempunyai tahi lalat dibawah bibir, amatlah lancang mulutnya...?? patutlah HR tak suka aku!!
Monday, December 28, 2009
setiap satu ade hikmahnye
bunyi wierd je,aku nak percaya pon susah tapi bila aku pikir banyak ilmu seperti lautan,yang kat aku ni hanya jari yang dicelup je...ye la orang yang kita potong sewaktu memandu,awek yang kita curik curik tengok kat kedai makan,penguat kuasa yang saman waktu paking kereta semua ade colour dalam hidup kita
selang dua hari lepas bas ekspress sani eksiden...dan ade orang pulang pada yang hak...dua orang tu duduk taman aku...dah dekat 15 tahun duduk taman tu dan aku pun kenal anak orang yang meninggal tu...baru famili aku tau yang kami dengan arwah bersaudara....
kan ada kata pujangga `kesedihan untuk orang lain,kegembiraan untuk kita".aku sedih ade gembira pun ade.
setiap satu perkara ade hikmahnye.....
Monday, December 21, 2009
cerita hari terakhir hijrah sebelum masuk tahun yang baru
buat keje lelaju punya semangat nih sampai opis siap pakai kain pelekat...tahan telinga sikit pasal dorang tanye soalan bodo,gua jawap gua baru lepas sunat sebab tu gua pakai kain...tetiba je kawan gua tanye `ko tak tengok final bola ke?"...
jiwa gua berperang antara final atau doa akhir tahun....
gua pilih semangat tahun baru siap doa untuk kemenangan malaysia....ade can tengok second half gua timing dalam hati....
sampai je kat surau gua terus capai buku doa,semangat gua baca....dan gua semayang berjemaah...sekali gua lupa la malam jumaat ada bacaan yassin....gua jeling jam surau...lama woo gua pandang...
gua nekad gua capai surah yassin sambil tu gua doa lagi kemenangan malaysia...
yang paling gua keciwa....ade la 7-8 orang yang baca yassin,lain suma suma balik termasuk la imam surau tu....doa awal tahun pon seniri seniri baca....gua yang kaki bola pun stay kat surau amik berkat...takpa la yang penting gua doa malaysia menang....
habis baca yassin gua redah ujan balik rumah.... sampai je kat rumah siaran langsung dah habis...tapi yang penting malaysia menang walaupon gua tak tengok game tu...
well inilah cerita akhir dan awal tahun hijrah gua...
Wednesday, December 16, 2009
hari yang sunyi di ofis yang sunyi
Friday, November 13, 2009
Bai'ah
Tiba-tiba timbul pula pada akhir-akhir ini bai’ah ADUN PAS yang mereka bersedia menceraikan isteri masing-masing jika mereka melompat parti. Walaupun dengar seperti janggal, tetapi bai’ah seperti sah. Kedudukannya adalah takliq yang boleh menjaga kelangsungan rumah tangga. Logiknya, kalau suami itu sayang kepada isteri dia tidak akan keluar parti atau apabila dia berkira-kira untuk lompat parti akan difikirkan berkali-kali, mana lebih penting; isteri atau parti baru. Kalau lompat parti, bolehkah dapat isteri lain sebaik bekas isterinya? Jadi, dia akan pilih mempertahankan isteri dan partinya.
Kalau berdasarkan itu, mengapa ada mufti yang kata bai’ah itu haram? Mengapa ada orang yang kata bai’ah itu zalim? Jawapan mereka kepada masyarakat itu bukan berdasarkan ilmu tetapi kerana kepentingan orang tertentu atau jahil.
Takliq dalam Islam boleh datang dalam pelbagai keadaan bagi tujuan menyelamatkan rumah tangga daripada bercerai berai , bukan sebaliknya, mempurak purandakan rumah tangga yang sedia ada. Sebagai bukti, bukankah selepas majlis akad nikah ada takliq yang dibacakan suami walaupun sesetengahnya tidak diketahui isteri?
Friday, November 6, 2009
GLAMOUR....
Femes area rumah aku...
Pagi tadi aku lalu depan rumah dia sunyi je....Ke anak dia tak pegi sekolah pasal hujan lebat pagi tadi.....
Thursday, October 29, 2009
dal lama gua tak taip
takot woo....
pagi tadi gua pegi klinik,repot masalah kesihatan gua.....
doktor cadangkan gua berenti rokok pasal arwah dad gua pon ade masalah jantung.....
mati tetap mati cuma taktau bila timing je pesan doktor tu....
gua kata gua takmo mati kat tempat futsal tu,nanti orang takot...
dia tanya abis lu nak mati kat mana?...
atas sejadah sudah....
**semayang pon tuang....
Monday, September 28, 2009
berita angin
semua ketakutan dalam tawa...
kelakar jugak tengok kepura puraan manusia......
takut bos dari tuhan....
**cakap orang konon gua pon sama kurang takut pada tuhan....
pagi tadi subuh tuang.....
Friday, September 18, 2009
Selamat Hari Raya
Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri kepada anda semua....
Drive kenderaan elok elok....
Mengantuk,rehat...
Enjoy raya berpada pada...
well gua pon dah nak balik.....
pantai dalam je...haha
Tuesday, September 8, 2009
semangat memancing
Sampai di lokasi aku terus menyiapkan diri seperti memilih lokasi,baca doa,pasang umpan dan seterusnya membuat lontaran.sepuluh minit kemudian aku menukar lokasi.Siot tempat tak leh mancing rupanye....
Well aku terpaksa menukar lokasi ke tasik subang.dah kena tambah setengah jam bawak motor.Sampai kat sana bila aku membuat penelitian,macam tak best je tempat nih.Takde riak ikan patin kat air.tapi gua mantain je.
Matahari dah naik makin tinggi,awak dah kepanasan tepi tasik ikan tak naik naik lagi.tukar lagi lokasi,kat tempat air masuk.
Bila aku mengadap air tu aku rase kureng sesangat....dulu punya la banyak ikan talapia main main kat air tu,sekarang dah takde sekor pon.seingat aku la setahun lepas pemandangan kat situ lebih seratus ekor ade,tapi tu tinggal kenangan je.
Tasik subang tinggal kenangan.Patin dah takde,toman tak tau ade lagi tak,talapia settle tak bersisa.Aku sedih beb,manusia tamak sangat.tak jala mesti kerja jaring kalau aku jumpa memang aku hiris hiris tayar keta orang tu.
ade pon pagi tu aku nampak seekor `harapan' kaloi emas,tu pon tak tau berapa lama tuah tak kena jaring.Lakhnat punya orang,aku nak mancing pon dah tak mood
Monday, August 24, 2009
ramadan punya cerita
'ape ke hei nye polok dorang nih"kata gua dalam hati.
laaa... tak pose isap suria dalam belukar.takda kelas langsung.kepada kengkawan kalau la terniat nak monteng posa invite la gua pergi wendy's ke tempat best sikit ke.jangan la tepi parit dalam estet kelapa bali macam belia Jalan Kebun.
dulu masa gua kerja tujuh-sebelas convineant store dulu.kul 8 pagi dah ade budak laki beli roti,gua heran awal pagi pon tak leh tahan posa.
selepas gua habis belajar gua join team installation barangan telekomunikasi,bulan posa di branang.tower tu tak tinggi pon dalam 30 meter je,sume tak posa mase tu selain gua(kental beb)
ntah macam mana bos gua suruh gua panjat pulak.Memandangkan gua kental gua pon panjat.5 minit je lawan graviti.Sampai je kat pucuk dengan rakusnya gua rampas air dan minum.Haram jadah punyala penat dan haus tuhan saja yang tahu.hilang kental.
well masa berlalu meninggalkan kita.tahun 2005 last site gua bulan posa kat batu pahat,parit sulong tower maxis.dari pagi sampai la kul enam gua install dengan supervisor gua.hari itu gua minum air liur dari zikir je masa buat kerja(poyo la gua n jangan la percaya)
masa berbuka tu gua punya la rasa nak nangis pasal nikmat berbuka walaupun satu hari tu zohor dan asar berlalu begitu saja.dan tuhan tak kejam pasal dia tak tarik nikmat posa tu dari gua walaupon gua tak semayang.
kita ja kejam dekat pencipta dan umatnya tapi pencipta sangat kasih dengan kita.lagi satu kalau nampak orang keja tak posa jangan cepat salahkan tapi pikir ape la kerja dia yang buat dia tak posa.
tang belia jalan kebun tu hahhaha bangang ponteng posa isap rokok.orang lalu menyorok baik lu dok rumah bujang makan nasik.bodoh budak sekolah
Tuesday, August 11, 2009
Tuesday, July 21, 2009
sekadar pengetahuan umum
A vigil (from the Latin vigilia, meaning wakefulness) is a period of purposeful sleeplessness, an occasion for devotional watching, or an observance.
It can also be the eve of a religious festival observed by staying awake as a devotional exercise or ritual devotions observed on the eve of a holy day [1], such as the Easter Vigil held on Holy Saturday. In the Eastern Orthodox Church an All-Night Vigil is held on the eves of Sundays and all major feasts during the liturgical year.
In Christianity, especially the Eastern Orthodox and Roman Catholic traditions, a vigil is often held when someone is gravely ill or dying. Prayers are said and votives are often made. Vigils extend from eventual death to burial, ritualistically to pray for a loved one, but more practically so they are never alone. Vigils are also commonly observed on Holy Days in the Anglican and Methodist Churches.[2]
During the Middle Ages, a squire on the night before his knighting ceremony was expected to take a cleansing bath, fast, make confession, and then hold an all-night vigil of prayer to God in the chapel, readying himself for his life as a knight. He would dress in white, which was the symbol for purity.
When a Jew dies, a watch is kept over the body and Tehillim are recited constantly, until the burial service.
saya sekadar menyampaikan
Saturday, July 18, 2009
PERINGATAN TANDA TANDA AKHIR ZAMAN(sebarkan pada semua)
pada pukul 8:00 malam 18/7/2009......
MALAYSIA 2 - MANCHASTER UNITED 3
AMRI(45) (57) ROONEY(9),NANI(35),OWEN(88)
zaman kegelapan bolasepak negara akan berakhir........
mungkin***
Tuesday, June 30, 2009
USAHA TANGGA KEJAYAAN(GUA DAH LETIH)
baru gua nak add sorang awek,dan dan internet not responding......
gua berusaha gigih refresh,bukak internet balik,taip nama nick awek tu,skrool habis habis tapi tak jumpa...
gua tak puas hati,gua pegi pantri minum air untuk meredakan amarah gua.
gua duduk balik tapi tukar komputer.gua cuba carik awek tu tak jumpa....gua carik dan cari dan cari dan cari(darab 74 kali)gua dah letih......baru gua perasan dah pukul 6.40 petang.
pukul lapan setengah malam.......salvage time.....gua meneruskan sisa perjuangan mencarik awek misteri tu....
ok la gua serender letih beb,lu orang amik la awek tu....
gua baru nak jadi jahat tapi tak leh...
malam yang sunyi nanti,
setelah gua pulang nanti,
dvd gadis genit dari jepun menanti,
menemani gua dalam tangis di ruang tamu yang sepi.
*GUA TAK LEH PAS CD TU SATU CD POLIS CHARGE BERIBU WOOO
Wednesday, June 3, 2009
aku di ofis
minggu lepas,minggu dosa
Maka malam itu kaum kaum lelaki ofisku bersengkang mata menunggu permaisuri mereka tidur,yang bujang sepertiku ini hanya menunggu paramiter ruangtamu rumahku bebas dari manusia selain aku dan 2 ekor kucingku.
Oh ya lupa hendak baritahu ada yang mengambil sampai tak cukup tangan,ada pula yang sekadar low profile mungkin dirumahnya ramai orang barangkali.Aku, sekadar penuh beg laptop sahaja.Cukuplah......dirumahpun bukan ada ratu hatiku.
Esok harinya...............
Kedengaran rungutan tidak berpuas hati dari seseorang.ape ni dvd laki dengan laki je ade.
Kasihan saudara rupa rupanya dia yang low profile itu hanya berjaya mencekau dvd hubungan sejenis sahaja.
Tuesday, May 19, 2009
peristiwa di hari pernikahan
:) aku dengar ko abang yang mengambil berat tentang adik adik,betul ke?
:E betul la memang aku dahulukan adik adik aku,keselamatan dorang aku jaga betul........
:) ye ke?
:E hek elleh,aku tanak dorang jadi ntah hapentah,woo tanak woo...
:) abis tu adik ko si mira nih.....
:E apehal dengan dia,ko ni jangan buat pasal!......
:) takde la ko kan dahulukan adik ko,malam karang abis la adik ko kena belasah dengan adik ipar ko baik ko dulukan diri ko,hahahhahahahahah(sambil belari membawa pinggan menyelamatkan diri)
:E ni ko perli ke carik pasal,B0doh punya mangkuk....
Monday, May 4, 2009
with arms wide open
pada 30 april lepas saya terpaksa menunggang motorsikal saya terus ke klia dan membeli tiket kerana di beritakan isteri pertama saya dimasukkan ke hospital umum sarawak.
sewaktu saya menikmati sarapan pagi di airport(flight saya pukul 11) sambil mengunyah makanan,isteri saya memberitahu yang dia telah melahirkan bayi lelaki,membuatkan saya tersedak dan teruja seketika.
sewaktu saya menaip ini,isteri saya sedang elok berdengkur sementara saya bersengkang mata menjaga baby saya.modus operandi isteri saya ialah membalas dendam kerana semalam saya tido tak hengat dunia.
nasihat saya pada kaum lelaki untuk pedoman kita bersama LETIH WOOO JAGA BABY BARU LAHIR dan berilah kata semangat dan dorongan pada isteri sewaktu dia bangun tengah malam bancuh susu untuk baby.
esok saya akan ke jabatan pendaftaran untuk menamakan bayi saya Sallehudin Imran
Thursday, April 23, 2009
tag yang merebak rebak
(1) 3 Names in Your Inbox Cellphone
gua baru beli henset jadi ia masih kosong lagi dan gua masih terkial kial nak eksplore.Soalan ini tidak releven.
(2) Your Main Ringtone
ringtone macam bodoh je,naik malu aku kalau berbunyi kena pulak ade awek AM Bank lagi la malu.
(3) What U Did At 12 Last Night?
main futsal......................
(4) Who Was The Last Person You Went Out With? Where?
memandangkan bini gua tak baca blog nih ari tu kat jusco masa event ada sorang awek blanja gua makan
(5) The Color 0f The T-Shirt You’re Wearing? Now?
blue black,kat ofis gua
(6) The Last Thing U Did?
baru lepas tipu rakan sepejabat gua pasal kerja......
(7) 3 of Your Everyday Favorite Items
1)ps2 gua la
2)motor gua la weh,takde motor tu patah kaki woo....
3)tak decide lagi la..........
(8) The Color of Your Bedroom?
putih...ntah bila nak cat baru....
(9) How Much Money in Your Wallet Now?
gua mana ade wallet,5 kali hilang IC tu yang gua fedup beli wallet.Soalan ini tidak releven
(10) How’s Life?
hujan gerimis insan menangis.
(11) Your Favorite Song?
Frank Sinatra,my way
(12) What Will You Do Next Weekend?
program futsal dekat olak lempit,uiksss boleh menggatal
(13) When Was The Last Time You Saw Your Mom?
pagi tadi,kejutkan aku bangun pukul 6.30 pagi tanya mana remote tv
(14) Where Is She Now?
Paris,beli kelapa parut.Ape punya soalan daaa..
(15) When Was The Last Time You Talked To Your Parent?
pagi tadi.aku kata`yo chow dulu'
(16) Who Is The Last Person That Texted You?
member keja suruh bagitau bos dia tak sihat...konon la....
(17) Where Did You Have Dinner Last Night?
depan tv makan ayam dengan bebek.....
(18) The Last Surprise You Got?
rozita che wan kirim lingerie.....
(19) Last Thing You Borrowed From Your Friend
minyak belacak..........
(20) Who is Your Bf/Gf Or Husband/Wife?
bini gua ain,sekarang dia kat kuching,awek gua merata rata..........
(21) What Do You Feel Now?
kat mana tu?
(22) Wanna Share With Who?
bergantung tang mana feel tu..
(23) Who Knows Your Secret?
manada rahsia beb....
(24) They Keep Your Secret?
i don teras enibadi.....
(25) Are You Angry With Someone?
Najwa aiman.dia poyo
(26) What do you order at McD?
kuih keria..soalan tak releven.
(27) The Last Time You Felt So Sad?
nombor miss 1 mata.
(28) Mahu Tag?
aku mana ramai kawan...........
Friday, April 17, 2009
cerita bulan april
1)kontrak aku sambung horeeeeyyyyy.......
2)maybe aku dapat anak pertama dari isteri pertama bulan ni horeeeeyyyyy....
kesedihanku
1)aston villa kalah dengan mu.........
2)kesihatan ku tidak berapa baik........
ketidak pastian ku
1)hasil penyiasatan kes kelucahan melampau di area rumahku?........
2)adakah aku akan memandu kereta baru?..........
yang pasti rumahku ibarat tongkang pecah dengan ketiadaan biniku,hidup ku seperti tiada hala tuju,oh ain pulanglah cepat dari persalinan mu.aku bebek dan adik merindui mu.
untuk mengemas rumah....
Tuesday, March 24, 2009
PEMBENTANGAN HASIL SIASATAN
Dengan segala hormatnya saya akan membentangkan hasil siasatan saya yang telah dijalankan ditaman perumahan saya iaitu Taman ***an ****a,Klang.Adapun dengan melakukan penyamaran,risikan dan juga seksaan saya membuat kesimpulan yang mana GADIS TOPUP TIDAK WUJUD.
Dengan bantuan kutu kutu berahak yang melepak dari isya hingga awal subuh di perhentian bas taman saya dan juga bantuan spy saya selama 2 bulan,tiada bukti dapat dikaitkan dengan dakwaan di atas.
Walaupun begitu siasatan yang telah dijalankan membawa kepada satu penemuan salahlaku belia belia tempat saya tetapi melibatkan anak angkat kerajaan.Kegiatan meneguk arak,hidu gam dan seks bebas dijalankan dalam hutan berhampiran taman perumahan saya
Kertas siasatan akan dibentangkan dalam masa dua bulan lagi....
Jika tiada aral saya akan memasukkan gambar...
*bagi gua nikmati hasil siasatan dulu,hasil maklumat katanya mandi separuh bogel depan mata pon ada.
gua dah sound mamat tu,takde orang bogel gua bogelkan mamat tu pastu tinggalkan dalam hutan....
Saturday, March 14, 2009
sudah satu tahun la,boleh gua tak perasan
Memandangkan yang gua ini sering menentang arus(bukan menentang hukum alam dan agama)gua pon dengan takde kejanya menaipkan suka suki,dan dengan magisnya gua telah sampai ke satu blog yang kuning background dan biru tulisannya.(ini blog pertama gua tengok di dunia milik anak malaysia,tak silap gua pemiliknya seorang awek).pening gua nak baca....
Oleh kerana blog itu berbahasa inggeris dan time tu gua gila buat origami,gua pon ternampak la pulak link ke sinaganaga origami,gua pon klik la kerana dengan harapan dapat belajar origami dengan anak malaysia(gua tak tau dia ni sapa)sekali tu blog ni bukan untuk nak belajar origami.chit tertipu gua..
Dalam blog bang naga banyak la pulak link.Gua pon main klik je tak silap gua blog pipi yang mana gua terlink ke kumprinx......
Setelah menelaah blog si kumprinx ni gua pegi la ke blog si dugong senyum milik si basri..Dan time tu gua kena pegi buat kerja....gua tinggalkan komputer gua tu dengan tekad di hati besok gua sambung baca blog.....
Esoknya gua sambung baca blog si dugong senyum sampai habis.pas tu gua berminat dengan tujuh86 milik jigo,gua minat baca tajuk dia pasal semua tajuk akan berkait dengan satu sama lain.
Dah khatam blok jigo nih gua merayap la...banyak gua bukak sampai la ke blok abdullah jones.ni blog pertama yang lain dari lain bahasa penggunaannya.bila tengok profile jones ni gua macam pernah tengok mamat ni around kl tapi gua tak ingat.....
hari berganti hari gua terlink masuk pulak ke khayal.blogspot yang mana bagi gua banyak informasi yang gua dapat.gua ingat lagi masa gua posting buat pertama kali mamat ni tak layan bila gua tanya soalan....
apa yang gua nak luahkan kat sini,bagi gua la bloggging bukak minda gua dan gua seorang sahaja dalam semua kawan gua yang minat blog.Blog lebih baik dari ym dan myspace kerana gua antara mereka yang pernah menyalahgunakan MIRC dulu..kui kui kui
thanks kepada bro max 03,kumprinx,naga,dugong,jigo,jones dan ramai lagi blogger yang ntah gua tak ingat lansung nama diaorang yang mana semua blog yang gua dah baca memberi pengetahuan yang gua tak dapat masa gua belajar dulu.
hail to bloggers.
*macam poyo pulak ayat last tu...
Friday, March 6, 2009
PERMOHONAN KERJA KOSONG
PROFAIL SAYA
- pengalaman curik basikal dengan buah rambutan.rider kereta boleh tahan.
- selok belok pulau pinang,johor dan selangor dalam tangan.
- pernah mengendalikan m-16 selama dua tahun(bekas wataniah).
- pasport antarabangsa ada.permohonan jenayah seperti ragut dan rogol tidak dilayan (diklasifikasi jenayah runcit).
- rompak dan rogol akan dipertimbangkan.
- JENAYAH DIBAWAH PENGARUH ALKOHOL AKAN DITOLAK
keuntungan jenayah 50-50,BELOT GUA SANTAU....
saya profesional......
Tuesday, March 3, 2009
perkara klasik tahun 2009
`Ooo.... LRT tu ape?'...
............................................
pada tahun tidak ku sangka 2009 masih ada rakyat Malaysia yang bertanya soalan klasik ini.............
Sunday, March 1, 2009
Sepetang di PEKAN SEHARI Shah Alam
Macam pernah ku lihat gadis ini tapi dimana ya?aku memerah otak mengingatkan wajah gadis india ini....
ya......aku ingat.......
sangat sangat ingat.............
tidak salah lagi.........
inilah celaka india yang menjerit jerit stupid fatwa di depan KLCC beberapa bulan lepas...
Ada sedikit perasaan marah di hati sambil pandanganku mengekori setiap langkah yang makin menjauh.....
`Bang tu budak yang hari tu kata stupid fatwa dalam malaysia insider hari tu kan?'.....
abang tu terpinga pinga`tak perasan la dik'......
ok.......
Friday, February 27, 2009
perempuan rusuk kiri ku
tang hiway suka bebetul bawak perlahan kat line tengah.Kalau lelaki yang bawak kereta perlahan ni kami gelarkan dua kepala menjadi satu,yang perempuan ni kami nak gelar ape?
Signal tu jangan la dah dekat baru nak bagi kak long oiiii......Berani biar bertempat,kalau nak memotong tu jangan la berani sangat dari luar main masuk je........tengok dulu la kiri awak kalu dah eksidenmuka awak tu yang cacat.....
Kepada kaum perempuan tu TOLONGGGGGGLAH BAWA KENDERAAN ELOK ELOK BEBANYAK.
Kami ni kaum lelaki tertindas dijalan raya sebenarnya....
Wednesday, February 11, 2009
Perangai bukan pangkat
Bila dah banyak membaca dan mendengar berita yang aku pun tak tau kebenarannya,aku pun membuat analisis sendiri.Dari pemerhatian aku la bahawasanya puak dia buat boleh orang lain tak boleh,orang lain buat semua jahat belaka,puak dia buat namanya demokrasi.
Benda ni dari pandangan aku la,sepatutnya mereka ni buat sesuatu yang bijak bestari la.Ini macam bebudak.Orang suruh keluar,keluar la dengan terhormat sambil berkata i'll be back!.
Dan aku yakin maka bertambah la penyokong beliau.Ini tak nak keluar,pangkat Ir tapi perangai mengeciwakan
Tapi dah namanya manusia,hidupan yang tak lari dari kesilapan.Aku cuma doakan yang negaraku dan rakyatnya selamat.Taknak jadi macam zimbabwe.errr betul ke ejaan ni?
Tuesday, January 20, 2009
PERUTUSAN BESAR DARI SAYA....GAFARO
Oleh kerana motor tu takda brek,dengan aku sekali padan muka...
tetiba je kereta melintas, menjajau jajau aku mengelak
Bila dah berkahwin ni,motor tu aku dah betulkan.Ye la kang bini aku nak naik moto,buatnya takda brek dah kena kawin lagi.Belanja kenuri kawen bukan macam cukur jambul budak,beriban riban nak pakai.
Jadi dah bertahun tahun takde brek,tetiba ada pulak....kerja jadi senang.Tak payah la aku extra cautious.Selamba tenang saja aku.
Baru baru ni bila brek aku jahanam...Dah jadi satu kerja...skill yang berkarat tu terpaksa la aku gilap balik.
Bila kita dah selesa dengan sesuatu yang senang ,kita selalu alpa dengan dan tidak berhati hati aka mengambil mudah.
Well dunia sekarang ni digital,tetiba je rosak tumdrive ke komputer ke.hahhhahahahah sumpah seranah belori lori keluar
berhati hati la ye.Kepada yang buat kerja guna laptop tu.Buat la salinan bebanyak sikit.Kalu hilang.....Bayangkan aku tengah gelak sambil tunjuk muka korang.
AKU DAH PESAN.....*aku dah kena dah
Tuesday, January 13, 2009
warna warni rumah tangga
aku bertanya la kat bini aku "ain awak sayang saye tak?".Tapi bini aku diam je....
aku tanya la lagi soalan sama "ain awak sayang saye tak"...
Bini aku pandang tepat kat mata aku........"macam mana saya nak sayang awak,awak kan ada perempuan lain"
otomatik muka aku jadi ungu...."alamak dia dah bukak henset aku ke?"
so kepada kengkawan kalu ada gambar anda dengan gadis gadis genit berhati hatilah!!
berbalik pada cerita aku...
aku masih dapat tersenyum macho dan berkata "takkan la saye nak curang kat awak,pernah ke saye tipu awak ain?" sambil aku cium tangan bini aku.
sekali bini aku serkap jarang daaa..nasib aku tak menggelabah puyuh kalau tak tido luar aku
Monday, January 12, 2009
cerita bolasepak vol 1
masih lagi awal musim liga super malaysia.....
Kl plus sahaja lawan yang masih tak kalah kalah...
kelantan pulak pasukan yang kalah dari segi teknikal sahaja.....
Pro dalam hal kekalahan kelantan dari sudut 45 darjah aku la:-
1) bagus jugak kerana jika tiada garisan ,bagaimana nak main bola secara pro?
2)supaya persatuan negeri menjalankan pentadbiran secara bersungguh sungguh
3)kerajaan negeri akan kurang campur tangan kerana persatuan bolasepak negara boleh berdiri sendiri.
ada kes pemain bolasepak diketepikan bagi memberi laluan pada anak @ saudara yang berhormat
Kontranya pulak :-
- penyokong akan marah
- wakil media akan marah
- yang berhormat akan marah (yang terlibat sahaja)
Satu satunya yang menghalang adalah mentaliti penyokong sesebuah pasukan tersebut.Adakalanya mereka tidak menerima sebarang keputusan yang dibuat oleh FAM walhal ia telah dibuat dengan perbincangan ahli lembaga setiap persatuan.
aku bukan mengatakan yang pasukan kelantan berhak kalah tetapi apabila memandang pada sudut positif ia adalah satu langkah yang akan membawa kepada kebaikan semua persatuan negeri.
Apabila pasukan seperti Kedah menjadi lauk pada semua pasukan,ia bukan petanda pasukan Kedah itu lemah tetapi mungkin ada satu konspirasi yang ingin menyingkirkan pengurus pasukan seperti tahun 2003,seperti yang pernah di alami oleh Selangor.
Well cerita ini akan disambung............tungguuuuuuuuu
Friday, January 9, 2009
cakap cakap bola malaysia
"punca kekalahan pasukan kedah ialah keletihan pemain'.Kamon la dey....baru dua game dah kata penat,siang tadi sebelum training player kedah pegi banting padi ke?ke korang travel pergi stadium pasukan lawan konvoi naik moto?...
Antara sebab pasukan bolasepak perlu diuruskan oleh bekas pemain bolasepak....alasan pun bernas dan bijaksana..baru main dua perlawanan dah kata penat....sarkis betul.......
Sunday, January 4, 2009
sepak mula sudah bermula
itulah dia wajah bolasepak malaysia aku pinjam kata kata hj hasbullah awang...game tu aku jangkakan sengit gila babi tapi senget sebelah....
mesti ada alasan pemain import takde team tak mantap...team aku takde pemain import leh jadi johan time lawan kelas kelas dulu....
impressive jugak selangor menang besar start liga....selalunya selangor enjin diesel....
khairul anuar baharom ye.........aku ingat lagi gambar dia tunjuk middle finger dalam the star
antara sebab die tak main malaysia kot.....helmi pulak .....ko pegi cek mata la....ape ni bola tak berjenis ko lepaskan
bagi aku ada atau tidak pemain import ada pro dan kontra....satu contoh kedah kena kitai... persatuan bolasepak boleh carum kwsp ......contoh pasukan yang kena kitai tu hutang 80k caruman kwsp
musim baru bermula....harap bolasepak kita boleh naik kembali.....arioz
Friday, January 2, 2009
ape la punya nama
MACAM TAKDE NAME LAIN JE NAK GUNA!
baik letak je nama new sucker
lagu sedap, nama kesian